Friday, January 27, 2017

Ilmu Bintang di Nusantara


Lanjutan daripada perkongsian di laman Facebook Orionids Group tentang apakah rupa sebenar buruj Biduk dan Belantik, kami sertakan pautan kertas kerja tulisan Nurul Fatini Jaafar bertajuk Perbintangan di Malayonesia yang dibentangkan pada Seminar Sains & Teknologi Malayonesia pada 21 Januari 2017 (Sabtu) bertempat di Universiti Putra Malaysia. Seminar ini merupakan anjuran Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) dan Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM).

Semoga bermanfaat. Baca/muat turun makalah di sini.



Saturday, January 14, 2017

Astronomi Untuk Sekolah

Musim persekolahan telah kembali!


Orionids Group kini memperkenalkan modul Astronomi Untuk Sekolah yang dirumuskan berdasarkan KSSR dan KSSM. Jemput kami ke sekolah anda untuk membantu anda mempelajari astronomi dalam sukatan pelajaran standard sekolah. Terdapat dua modul yang ditawarkan iaitu:-

UPSR ( Tahun 4 hingga 6)
Masa
Modul
Output pembelajaran
10 a.m. – 1 p.m.
Sistem Suria
·      Mengenali Sistem Suria
·      Saiz dan jarak Sistem Suria
·      Bumi sebagai biosfera
·   Memerihalkan ahli keluarga semulajadi Sistem Suria (Matahari, planet, satelit semulajadi, planet kerdil, asteroid dan komet)
·   Menjelaskan perbandingan saiz dan jarak sesama planet Sistem Suria serta kedudukan mereka
·   Menerangkan kedudukan bumi yang strategik untuk menampung hidupan
2 p.m – 6 p.m.
Bumi, Bulan dan Matahari
·      kejadian siang dan malam
·      pergerakan ketara Matahari dan Bulan
·      gerakan ketara bulan dan fasa-fasa bulan
Gerhana
·      gerhana Bulan
·      gerhana Matahari
·   Menjelaskan pergerakan dan putaran Bumi dan Bulan serta kesannya ke atas pemerhatian dari bumi
·   Memberitahu waktu berdasarkan kedudukan Bulan dan Matahari
·   Memerihalkan kedudukan Matahari, Bulan dan Matahari ketika gerhana Matahari dan Bulan
·   Menerangkan sifat cahaya yang membuatkan gerhana terjadi
8 p.m. – 11 p.m.
Buruj
·      Bintang dan buruj
·      Buruj sebagai penunjuk arah
·   Menyatakan buruj-buruj utama
·   Menentukan arah menggunakan buruj



atau

PT3 ( tingkatan 1 hingga 3)
Masa
Modul
Output pembelajaran
10 a.m. – 1 p.m.
Bumi
·      Sistem dan struktur Bumi
·      Bahan Bumi
·      Geobencana
·      Eksogen vs. endogen
·   Mengenali struktur Bumi yang terdiri daripada empat sfera yang utama (hidrosfera, atmosfera, biosfera dan geosfera)
·   Membandingkan proses eksogen dan endogen
·   Mengenali jenis batuan dan lapisan dalaman Bumi
·   Memerihalkan geobencana yang kerap berlaku dan kaedah menghadaPinya
2 p.m – 6 p.m.
Bintang dan Galaksi
·      Matahari sebagai sebutir   bintang
·      Klasifikasi bintang
·      Pembentukan dan evolusi bintang
·      Di mana kita?
·   Memahami ciri-ciri fizikal bintang yang boleh diperhatikan pada Matahari
·   Menerangkan rupa fizikal Matahari berdasarkan pemerhatian
·   Mengklasifikasikan bintang mengikut ciri-ciri fizikal seperti suhu, warna dan kekilauan
·   Memerihalkan evolusi bintang
·   Menerangkan kedudukan Sistem Suria dalam alam semesta
8 p.m. – 11 p.m.
Penerokaan angkasa lepas
·      Teknologi penerokaan angkasa lepas
·   Memerihalkan perkembangan bidang penerokaan astronomi dan sains angkasa
·   Menerangkan aplikasi teknologi dalam penerokaan angkasa lepas
·   Mewajarkan keperluan meneruskan penerokaan angkasa lepas.



Tentatif yang lebih terperinci akan dibincang bersama penganjur (sekolah).

Dengan harga RM 25 untuk seorang pelajar, pelajar akan menerokai ilmu astronomi melalui aktiviti hands-on dan teori yang mudah. Caj pengangkutan dan penginapan akan dikenakan kepada sekolah yang berada di luar kawasan Pulau Pinang. Sekolah digalakkan untuk melibatkan penyertaan 50 pelajar ke atas.

Jika berminat, sila isi borang di sini atau hubungi kami di +60177307554 (Daim) untuk maklumat lanjut.

Selamat maju jaya, jumpa kami di sekolah anda :]